Nur Syaheerah Eylia
92's
" terkadang cinta itu dekat "
Malaysia

18 June 2013

Kisah cinta bulan dan bintang. ( moral story)

Bintang sekadar nama samaran adalah seorang perempuan yang tak tahu apa yang aku boleh gelarkan diia. Dia kadangkala macam batu, kadangkala mcm patung. Bagi star, patung dan batu itu sudah sebati dengan hidupnya. Bintang bercinta dengan seorang lelaki yang lebih selesa digelar bulan. Cinta bintang bermula dengan mengenali seorang lelaki. Lelaki itu adalah bulan. Bintang terjumpa bulan ketika bulan ralit dibuai ayat ayat puitis di laman blog. Bintang seterusnya taktahu bagaiman bulan boleh dapat mencari bintang sehingga ke lubang cacing. Bintang berasa sangat gembira denga hadirnya bulan dalam hidup bintang. Bintang sering ditemani bulan. Tidak sekali pun bulan berganjak dari pegang handphone. Bulan begitu sayang dengan bintang. Bintang juga sayang akan bulan. Bulan demi bulan. Mereka bercinta tanpa menghirau orang sekeliling. Bintang juga sering leka dibuai mimpi mimpi indah bersama bulan. Bulan sering membuat bintang senyum, ketawa bahkan bintang tidak sekali pun pernah menitiskan airmatanya untuk bulan. bulan demi bulan suda berlalu, hingga tiba bulan ke 3 percintaan antara mereka. Pada bulan ketiga hubungan mereka sudah dilanda musibah. Bintang sering menitiskan airmata. Bintang dan bulan sudah kerap selisih faham. Sudah tiada gelak tawa antara mereka. Bintang sering memujuk hatinya sendiri. Bintang juga selalu menangis di kala malam. Bulan tidak menghirau tangisan si bintang. Malah bintang hanya akan dimarahi. Bintang sering berfikir mengapa segala kebahagian yang dikecapi satu masa dahulu sudah lesap dibawa angin? mengapa segala galanya lenyap sekelip mata. Bulan demi bulan berlalu. Bintang sering menangisi sikap bulan yang endah tak endah akan perasaannya.
Pada satu hari, bintang mahu membuka laman sosial milik bulan. Pada mulanya bulan enggan memberi kata masuk untuk laman sosial miliknya, tetapi akhirnya dia memberikannya juga. Luluh jantung Bintang apabila mendapati buah hatinya yang dahulunya sering membawa keceriaannya padanya berlaku curang. Hati bintang seolah olah dicucuk cucuk, di carik carik. Bintang menangis seakan seakan orang gila, Bintang tidak menghiraukan orang sekeliling. Dia terus menangisi apa yang berlaku. Bintang tidak percaya dengan apa yang sudah terjadi. Bintang terlalu kecea dengan sikap kekasihnya yang dahulunya sering mengukir senyuman di bibir bintang kini sudah tiada lagi. Bintang terus menerus mengingati segala memori ketika zaman bahagia mereka. Bintang sering berdoa agar dia diberian kekuatan untuk meneruskan hubungan mereka. Bintang yang kemudiannya hanya redha dengan apa yang terjadi. 
Bulan kemudiannya hubungan mereka kembali bermula dengan kebahagian kerana bulan sudah pun mengaku akan silapnya dahulu, dan bulan berjanji akan berubah dan bulan juga berjanji akan sentiasa membahagiakan bintang. Bulan juga bersungguh sungguh dengan janji janjinyaa. Kemudiannya hari demi hari mereka lalui dengan bahagianya. Bulan yang kemudiannya berubah sikap. Sikap nya sering saja membuat bintang menangis. Bintang kembali menangisi bulan. hidupnya bintang di dunia ini hanya dipenuhi dengan menangis. seakan akan tiada kehidupan. Bintang tidak sangka yang hubungan mereka sering kali menimbulkan pergaduhan. Bintang juga tidak tahu apa sebab sebabnya. Bulan makin berubah dan makin berubah. Sehingga kan tiap kali mereka berselisih faham, bintang akan selalu inginkan jalan penyelesaian. tetapi usaha bintang hanya sia sia. Panggilan telefon yang ke 230 pun masih belum di sahut oleh bulan. Bintang terus dan teus menghubungi bulan. Tetapi bulan hanya mendiamkan diri dan hanya ada 1 saja kata kata darinya iaitu '' saya taknak cakap apa apa,saya nak tidur''.Kemudiannya bintang pun merehatkan matanya yang letih dibasahi airmata. Bintang bangun pagi dengan mempunyai satu azam iaitu menjadi HATI BATU. Dia cuba untuk menjadi hati batu, cuba dan cuba ternyata bintang tidak berdaya menjadi hati batu seperti yang diazamkan nya. 
Sedar tak sedar dah masuk 1 tahun lebih bintang hidup ditemani airmata. Lagi berapa bulan lagi hubungan mereka akan mencapai 2 tahun, bintang begitu gembira kerana dapat kuatkan diri sehingga ke tahap itu. dia memanjatkan kesyukuran dengan adanya kekuatan yang diberikan oleh Allah padanya. Bintang sering di puji oleh rakan rakan kerana sikapnya yang sangat kuat dan tabah menempuh segala nya seorang diri. Bintang juga hanya mampu menjaga dirinya sendiri tanpa bantuan orang lain. Walaupun bantuan daripada Bulan. Bintang mempunyai sakit. Sakitnya tidak diketahui ramai. Hanya bulan dan rakan rakan terdekat sahaja yang tahu penyakitnya. Bintang sering sakit sakit. 
Pada satu hari Bintang bangun pagi dan dia seakan akan sudah menemui satu kekuatan. Kekuatan yang diidam idam kan selama ini. Iaitu ingin menjadi hati batu. Bintang benar benar sudah menjadi hati batu. Bulan yang sering menyakitinya dia hanya diam dan tersenyum. Cuma kadangkala bintang ada juga berasa kejam dengan bersikap begitu. Tetapi bintang berfikir '' mengapa aku selalu fikir perasaanya tapi dia tidak sekali pun memikirkan perasaanku selama ini, derita ku selama ini, segala tangisku selama ini, dan kenapa segala kebahagiaan yang telah ku berikan sering disia sia kan''. Ternyata sangkaan bintang untuk meruskan kebahagian mereka itu tidak tepat. Malahan hubungan mereka sering dilanda pelbagai masalah. Pelbagai perselisihan faham. Bulan juga sudah berkerja dan sudah tiada masa untuk bintang. tetapi bintang masih bersabar. Kerana bintang tidak akan pernah sekali pun ingin memutuskan hubungan mereka. Bintang sanggup hidup di dalam keadaan yang begitu sehinggan sampai satu tahap Bulan datang dan memberi kejutan kepada bintang. Bintang lalu menangis di depan bulan dan depan kawan kawan bulan. 
Dan kemudiaanyaa hari hari mereka diteruskan lagi dengan perselisihan faham yang makin hari makin teruk dan bintang seolah olah tidak percaya dengan apa yang berlaku dan kejutan dan kegembiraan nya yang wujud ketika hadirnya bulan dan membuat kejutan itu sama sekali tidak mendatangkan sebarang impak pada bulan.
 Dan genap 2 tahun 2 hari hubungan mereka musnah. Bulan bertindak untuk memutuskan hubungan mereka. Bintang seakan akan hilang arah. hilang arah tujuan. hilang segala galanyaa. dia seperti orang yang tidak pernah bercinta. dia kosong. Bintang kemudian nya meruskan hidupnya seorang diri dan hanya ditemani kawan kawan yang sering membuat nya senyum dan cuba berusaha untuk mengubah bintang kepada seorang yang ceria kembali. Bintang tabah dengan segala yang berlaku. 
Pabila bintang sudah pulih dari derita nyaa, bulan kembali dan memohon maaf dengan apa yang berlaku. Bulan mahu membina kembali hubungan mereka. Tetapi apa yang mengejutkan bintang sudah mula menjadi hati batu dan sudah pandai mula untuk bertindak. ini kerana dia sering befikir apa derita yang pernah dihadapniya sendirian. Bintang sama sekali tidak dapat untuk menerima lagi lamaran bulan. Ini semua kerana sudah tiada lagi persefahaman diantara mereka. Mereka tidak mampu untuk berkomunikasi secara baik seperti dulu lagi. Mereka sudah dikatakan ''panas'' apabila bersama. Bintang tidak menyesal malahan bintang menggangap semuanya adalah penjaran yang perlu diambil. '' KEBAHAGIAN YANG DIKECAPI SELALULAH DIJAGA SEBAIK BAIKNYA,BERSYUKUR DAN TIDAK SESEKALI BERSIKAP CURANG, PERCAYA ITU WUJUD, PELUANG ITU TIDAK AKAN SELALU DIBERI BERKALI KALI. Jadi peluang yang anda rasa terbaik itu jaga lah sebaik mungkin. Ini kerana kita tak tahu sama ada kita akan memperoleh nya lagi atau pun tidak...
Sampai sini saja kisah bulan dan bintang. Assalamualaikum.