Nur Syaheerah Eylia
92's
" terkadang cinta itu dekat "
Malaysia

4 June 2014

Fly to Krabi ! Yippiieee !

27 May 2014 - 31 May 2014
Kami satu familyyyy terbang ke Krabii ! Yeayy ! 
Okay excited dia taktau nak cakap macam mana. Walaupun ni bukan kali pertama kitorang pergi,
Tapi excited dia macam kali pertama pergi. 
Dalam kepala dah terbayang tomyam dah terbayang beach, dah terbayang pancake, dah terbayang shake !
Since kitorang sampai di hotel petang, kitorang rehat dulu di hotel ( nama hotel dirahsiakan) Haha.
Dah petang tu kami pergi tomyam hunting ! yeayy .
Kalau ikutkan blog blog restoran Lemon Seafood di Ao Nang ni paling famous kalau orang Malaysia datang.
So then kat situ ada jugak lahh orang Malaysia. So tak risau. Dijamin halal.


So, ni lah makan malam untuk hari pertama. Tomyam kaw gilaa hokayy. Okay then siakap tiga rasa besar lengan kauu. haha ! Makanan dia tak berapa mahal sangat. Rasanya berbaloii lah dengan portion makanan yang agak besar jugak. Okay sila telan air liur. hahaha.

Hari Kedua. Since kali pertama kitorang dah pergi untuk island hoping, so kitorang decide tak pergi island hoping untuk kali ni. Kitorang pergi jalan satu Ao Nang . And then pergi naik gajah. Nak tengok muka cuak naik gajah ? K meh syeera tunjuk.


Haaaa, nilahh muka syeera yang sangat cuak bila gajah tu dibawa ke dalam air . Ya Allah memang nak menjerit je . Takut takut gajah tu mengamuk ke kan, takde mood ke. Mana lah nak tahu kan. iskk. 


Okayy yang ni permintaan abang ni sendiri. Dia yang nak Ber GoPro dengan kitorang. So,
inilah hasilnyaaa. Taraaa. Kalau abang ni ternampak pic abang kat blog saya ni. Abang komen lah kat post ni okeng. Wkwkwkwk !


Taraaaa selfieee atas gajahh kau nyahh ! hahaha !

Hari ketiga, kitorang decide pergi Railay beach. Memandangkan Railay beach agak jauh dari Ao Nang, kami menaiki boat untuk ke Railay beach yang memakan masa 20 minit mcm tu lah. Tak ingat. 
seorang dalam 80 baht ( RM8). Da sampai kat sanaaa terpegun tengok baywatch koooo. Bhahahah. 
Nak tengok ? Baywatch kami tidak merakamkan sebarang aksi okayy. hahaha. Ni Railay beach.



Hari ke empat kitorang decide nak pergi jalan jalan sekitar Ao nang je. Dh tak larat nak berjalan.
Kami makan sekitar Ao Nang. Makan Pancake dan minum shake. Yang penting semuanyaa Halal.

Ni coffee shake, watermelon shake and orang shake. Okayy sedap dia tktau nak kata.
Just 30 baht ( RM3) Murah ? pergi lah bercuti di Krabi ! :P


Okay yang atas tu gambar banana nutella pancake. And yang bawah gerai pakcik Aziz Pancake.
Dia jugak terkenal di kalangan orang Malaysia yang datang ke Krabi. Dia juga boleh bercakap melayu.
Pancake hanya 40 baht (RM4). Kalau nutella pancake sahaja 30 baht (RM3).
Best ? Yes! memang best.
Pergi lah ke Krabi. Confirm percutian korang akan happening. 

Hari ke 5. Sekejap je rasa. Dah nak ke balik Malaysia. Goodbye Krabi. Goodbye Ao Nang. See you again .